klik here

Followers

Wednesday, March 23, 2011

Lebih 9,000 calon dapat semua A





PUTRAJAYA – Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun.
Menurut beliau, seramai 363 calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki pada 2010 berbanding sekadar 214 calon pada 2009.
Kata beliau lagi, calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon (2009) kepada 68,114 calon tahun lepas.
“Keputusan SPM 2010 merupakan yang terbaik sejak empat tahun lalu terutama dari segi peratusan bilangan calon yang memperoleh sijil, mendapat keputusan cemerlang dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki.
“Ia dipengaruhi dengan dasar mengehadkan jumlah maksimum mata pelajaran yang boleh diambil pelajar pada tahun lepas,” katanya semasa mengumumkan keputusan SPM 2010 di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di sini semalam.
tahniah................

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

total

get this

kaki blogger

KakiBLOGGER