klik here

Followers

Sunday, May 15, 2011

sejadah kaabah

Malam semalam Ismet melayan drama Sejadah Kaabah yang ditayangkan di TV3...cerita dia memang sedih & banyak memberi manfaat....tu la Ismet layan cite tu...=)
“Sejadah Kaabah” mengisahkan tentang seorang ibu iaitu Lijah dan anaknya, Izah, yang berumur 10 tahun dalam mengharungi keperitan hidup apabila Lijah terpaksa menyara keluarga dengan hanya menjual nasi lemak di kaki lima dan mengambil upah menjahit di waktu malam. Cita-cita Lijah adalah untuk menunaikan umrah suatu hari nanti dan Izah cuba untuk menyempurnakan impian ibunya. Malangnya, gerai Lijah telah disita oleh DBKL kerana berniaga di kawasan larangan.

 salah satu adengan dalam drama Sejadah Kaabah
Walaupun tiada gerai sendiri, Izah tetap bersemangat menolong ibunya mencari rezeki dengan menjual nasi lemak menaiki basikal ke sekitar kawasan perumahan. Di sekolah, Cikgu Jamilah mengumumkan peraduan mengarang bertemakan ’Keluarga’ peringkat kebangsaan dan pemenangnya akan membawa pulang wang tunai lumayan iaitu RM5,000. Izah berhasrat untuk memasuki pertandingan tersebut. Di siang hari, Izah berbasikal menjual nasi lemak dan di malam hari pula, dia sibuk menyiapkan karangan, itulah rutin baru Izah.

namun,malang tidak berbau,Izah kemalangan sewaktu dia menjual nasi lemak...namun Izah dapat menang tempat pertama dalam pertandingan menulis karangan dan menerima hadiah wang tunai sebanyak Rm 5,000 dan menyuruh ibunya menggunakan wang tersebut untuk menunaikan haji....Izah akhirnya meninggal dunia di hospital....

Ismet tertarik dengan pelakon cilik drama ni iaitu Eyka Farhana,muka dia macam Tiz Zaqiyah plak...=)
 Eyka Farhana kanan


p/s;credit kpada semua pelakon yg menjayakan watak masing2...terutama Sharifah Shahrizah, Eyka Farhana, Esliza Loy, Hanis Kamal dan Noorkhiriah.

Drama macam ni lah yang harus diperbanyakkan kerana memberikan kita ikhtibar & pengajaran dalam kehidupan serta pengorbanan seorang anak untuk seorang Ibu....bukannya memperbanyakkan cerita2 bodoh seperti Halimah Jongang or Fatimah Juling....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

total

get this

kaki blogger

KakiBLOGGER